Moga jadi Muhasabah buat kita..
Syair yg telah membuat Imam Ahmad bin Hambal menangis bila mendengarnya..
Jika ALLAH bertanya padaku tidak malukah kau bermaksiat padaKU ?....
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk KU..Dan datang kepadaKU dengan penuh dosa ?...
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yg malang..
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku ?....
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dari masa ke semasa...
Dan aku melupakan apa yg bakal di hadapi selepas mati.
Dan apa yg berlaku selepas aku di kafankan ?....
Seolah-olah aku ini telah dijamin tuk hidup selamanya
Seakan mati takkan menemui ku..
Dan telah datang padaku Sakharatul Maut yg ngeri.
Nah !!...Siapalah sekarang yg mampu melindungi ku !!...
Dan aku melihat pada wajah-wajah mereka yg ku tinggalkan..
Apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?...
Akan aku disoal apa yg telah aku lakukan di dunia tuk menyelamatkan diri ini ?..
Maka bagaimanakah akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agama ku ?...
Celakanya aku !..
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat ALLAH yg menyeru ku ?...
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitahukan di dalam Surah Qaaf dan Yaasin ?...
Adakah aku tak dengar tentang Hari di kumpulkan manusia,Hari perhimpunan dan Hari Ad-deen (Qiyamah) ?...
Adakah aku tak dengar panggilan maut menyeru dan bakal menjemput ku ?..
Ya Rabb..
Seorang hamba telah datang kepadaMu tuk bertaubat..
Siapakah lagi yang dapat mengampuni nya..
Melainkan Engkau yg Maha Luas PengampunanNya dan yg membimbing kami pada Kebenaran..
aku telah datang padaMu..
Maka kasihanilah daku dan beratkanlah timbangan amalku..
Dan ringankankah hisabku kerana Engkaulah yg Terbaik dalam Penghisaban.
Via Facebook : sumur
